Memperkenalkan Minyak Wangi Auralife Pertama Di Malaysia


Minyak wangi auralife adalah minyak wangi tanpa alkohol yang mempunyai tenaga getaran aura. Setiap minyak wangi auralife memberikan manfaat yang tertentu terhadap pemakainya. Dapatkan minyak wangi auralife sekarang juga!



PERHATIAN! INI BUKAN MINYAK WANGI BIASA!

Minyak wangi Auralife adalah minyak wangi tanpa alkohol yang digabungkan bersama tenaga getaran aura, seperti aura pelaris, aura seri, aura relax dan aura genius. Minyak wangi ini tiada tandingan di pasaran kerana selain dari mendapat faedah wangian, anda juga mendapat faedah getaran aura.


Mengapa Perlu Memilih Produk Auralife?
  • Diinspirasikan dari jenama terkenal
  • Keharuman kekal di kulit setanding minyak wangi berjenama. Di baju (fabrik) pula boleh kekal selama beberapa hari.
  • Hanya menggunakan minyak wangi anda akan mendapat satu kaedah rawatan getaran tenaga aura yang di diformulasi, diadun , disuntik aura oleh master yang hebat.
  • Tiada alkohol dan mendapat kelulusan "Sure Halal" serta dipantau oleh Yayasan Dakwah Islam (Yadim). Sesuai digunakan semasa solat. Gunakan tanpa was-was
  • Demonstrasi yang luar biasa untuk membuktikan kehebatan produk ini.
  • Membantu keintiman suami isteri, memberi keyakinan diri, membangkitkan seri wajah , merubah sikap panas baran memberi ketenangan zahir&batin. Mencerdaskan minda dan IQ serta memulihkan tenaga semulajadi.
  • Sesuai untuk semua golongan bangsa

Manfaat Minyak Wangi Auralife?
  • Alami kemodenan minyak wangi yang tersohor keharuman, keselesaan, keceriaan yang pasti melakar senyuman seri wajah
  • Membantu keintiman suami isteri
  • Memberi keyakinan diri
  • Membangkitkan seri wajah
  • Mengubah sikap panas baran
  • Mengatasi tekanan perasaan dan kemurungan
  • Memberi ketenangan zahir dan batin
  • Mencerdaskan minda dan tahap pemikiran
  • Menghilangkan perasaan gugup dan mudah terkejut
  • Memberi kesegaran akibat keletihan dan kelesuan
  • Memulihkan tenaga semulajadi
  • Mendinding diri daripada gangguan makhluk halus

Apakah AURA?

Aura merupakan medan tenaga biologi, ataupun medan psikik yang menyelebungi semua makhluk. Ia juga boleh dianggap sebagai sebahagian dari fizikal badan manusia. Saiznya berbeza, dari beberapa inci ke beberapa kaki di semua arah dan merupakan pancaran dari badan kita. Aura sebenarnya terdiri dari 7 lapisan, di mana lapisan luaran berkaitan dengan jiwa dan roh, manakala lapisan dalaman berkaitan dengan minda, emosi dan kesihatan. Ia berkait rapat dengan kesihatan fizikal badan mempengaruhi kekuatan dan saiz aura kita. Ia juga dipengaruhi oleh unsur luaran dan warnanya berubah mengikut keadaan mental, emosi dan fizikal seseorang.


Minyak Wangi Mencerminkan Imej

Biarpun sekadar bau, pemilihan minyak wangi sesuai mampu menyerlahkan karektor empunya diri. Sama ada haruman daripada jenis Eau de Parfum (minyak) ataupun Eau de Toilette (semburan), lelaki harus memahami fungsi minyak wangi.

Jika dulu haruman dan wangian lebih dekat dengan wanita, lelaki zaman moden semakin menitik berat soal penjagaan diri termasuk menyembur haruman.

Sesuai dengan imej maskulin dan kelelakian, haruman untuk lelaki banyak berteraskan pati buah-buahan, rempah dan aroma kayu yang membangkit pesona dan tarikan maskulin.

Tidak seperti wanita yang lebih sinonim dengan unsur bunga-bungaan, haruman untuk lelaki lebih berunsur maskulin dan berbau sedikit kuat untuk menampakkan karektor sebenar lelaki.

Difahamkan, seni pembuatan minyak wangi bermula ketika zaman kuno masyarakat Mesir. Ia berkembang di kalangan masyarakat Rom dan Arab sebelum diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-14. Perkataan perfume itu sendiri dipercayai berasal dari ungkapan Latin.

Pemilihan haruman yang sesuai mampu menonjolkan karektor diri, sama ada romantik, periang, tegas dan bercirikan individu.

Biar apapun pilihan haruman berdasarkan cita rasa dan identiti diri, pastikan minyak wangi yang digunakan sesuai dengan acara dihadiri. Elak menyembur minyak wangi beraroma kuat pada waktu siang serta usah menyimpan minyak wangi hingga tempoh tiga tahun dari jangka hayat penggunaannya.


Tip Memilih Minyak Wangi Yang Sesuai
  • Ketahui fungsi minyak wangi iaitu daripada jenis Eau de Parfum (minyak) atau Eau de Toilette (semburan).
  • Eau de Parfum lebih bertahan lama berbanding Eau de Toilette.
  • Bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas anda memakainya. Sebaiknya, sembur haruman pada kertas atau di pergelangan tangan untuk mendapat pengesahan.
  • Biarkan beberapa minit untuk mendapatkan bau sebenar meresap lalu dipastikan serasi atau tidak.
  • Sembur minyak wangi pada pergelangan tangan, bahagian nadi dan leher untuk memastikan haruman tahan lama dan merebak.
  • Tidak semestinya haruman yang dipakai orang lain sama kesannya dengan anda kerana faktor biologi dan hormon badan manusia.
  • Hidu biji kopi andai anda ingin segera menghilangkan bau haruman dan mencuba haruman lain.
  • Ada minyak wangi menjanjikan haruman berkekalan sehingga lapan jam apabila disembur. Secara purata kesan bau haruman mampu bertahan empat jam.
  • Akhir sekali, jangan malu mendapatkan bantuan jurujual untuk memperoleh lebih banyak maklumat mengenai sesuatu produk.

7 Aura Kehidupan


Aura 1 adalah
RED. Aura akar, naluri, kelangsungan hidup, keselamatan.
Aura 2 adalah
ORANGE. Aura perut, emosi, tenaga seksual, kreativiti.
Aura 3 adalah
YELLOW. Aura ulu, fungsi mental, kuasa, kawalan, kebebasan.
Aura 4 adalah
GREEN. Aura jantung, keseimbangan, kasih sayang.
Aura 5 adalah
BLUE. Aura kerongkong, pidato, ekspresi diri.
Aura 6 adalah
INDIGO. Aura ketiga mata, clairvoyance, kemampuan fizikal, imajinasi.
Aura 7 adalah
VIOLET. Aura mahkota, Sambungan spiritual, pemahaman, tahu, kebahagiaan, kesatuan.


    ZZAuraAnakMami adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan satu gabungan tenaga baru minyak wangi tanpa alkohol yang disuntik dengan getaran tenaga aura. Kami melakukan pembaharuan yang membezakan produk kami dengan minyak wangi lain dan produk yang berasaskan aura yang sedia ada di pasaran samada didalam dan diluar negara.

    Copy dan Paste Code di bawah ke dalam Friendster, Blog, Myspace, Tagged dll